Wednesday, December 23, 2009

PMR PMR PMR .

Photobucket

ohh result PMR :) haha menakutkan .
doakan untuk kami . terima kasih .

Tuesday, November 17, 2009

kena pea der as e ae??

seb en arn yea nat gab ori ngni eju zn akk at eya nga nat ga bor in gje rr!!
tuj eaar wass al amm.!!~

Tuesday, September 22, 2009

PMR dan RAYA

selamat datang kepada anda dari sini

salam..sedih bila knangkan blog kite nih..dikesempatan ini..saya [lihat pada gambar] ingin memohon maaf atas segala kesalahan yg saya lakukan kepada kalian.. dan selamat hari raya kepada sumer yang membaca!!ini adalah entri drpd sayatak reti sgt nak tulis ni! semoga ianya bermanfaat juga....rayadanpmr..raya tahun ni saya x balik kampung. kenape? pmr.. aduh, pmr nak dekat daa ni!! lagi 14 hari jea!! knapa mase ni cpat je?
doakan kami berjaye menempoh medan ni!!!

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA DARI KREW RENDAHYALANGIT!!!

Allahumma bariklana fi ramadhan wa balighna ila syawal??



assalamualaikum,
apa khabar? moga sihat sentiasa dan dalam keadaan yang terbaik sekali untuk menyambut kemenangan selepas sebulan ramadhan.Hmm, rasa janggal selepas lama tak mengirim di sini, tapi sebab sahabat dan tanngungjawab punya pasal, terpaksa rajinkan diri.Agak lama jugakla nak memerah otak untuk post kali ni.Tapi disebabkan pengalaman sepanjang ramadhan nih.Tak rugi fly dari sekolah.haha~Akhirnya terhasil sebuah tajuk yang ana diambil dari sikap bangsa melayu sekarang.Bukan nak mengutuk, tapi nak menyedarkan kita semua.


ustaz abdullah zaik memberi tazkirah kepada para i'tikaf pada waktu dhuha...

semua khusyu' mendengar tazkirah dari ustaz Abdullah Zaik

Baru-baru ni, semasa 10 akhir ramadhan, ana ada i'tikaf 2 kali kat masjid IIUM ataupun UIA. Ade sekali guard perempuan tanye kat ana semasa nak masuk UIA,"asal adek suke sangat i"tikaf kat UIA ni huh?" jawabnya "Nak rase Bia'ah yang lain sket..." yeke??? takcaye dengar dulu pengalaman ana.ternyata memang berbeza sekali dengan keadaan orang melayu.

Pertama kali masuk, rasa macam dah pergi 'oversea'.Kat mana nih??? Africa,Mesir,China,Togo??? kebanyakan yang i'tikaf kat situ orang luar negara.tak rasa macam kat malaysia lansung.Orang melayu yang ada sikit je.tapi, keadaan dia memang berbeza dekat surau atau masjid-masjid lain.Dekat sana orang arab berebut nak penuhkan saf depan.Tapi kalau kat tempat lain, "Pakcik sila penuhkan saf hadapan.." jawabnya"takpe-takpe, pakcik kat sini je.." tak kisahlah pakcik ke adik ke abang ke ke, keadaannya macam tu.sungguh mengecewakan.

Lagi satu, tarawikh kat sini memang berbeza dengan kat tempat lain.makin hari, makin ramai.Bukan macam kat surau dan masjid lain.Time 10 malam terakhir la tinggal sikit orang.Walaupun tarawikh kat sini bace 1 mukasurat satu rakaat, tak rase jemu atau penat pun nak buat tarawikh.seakan-akan ade semangat yang membakar bila tengok orang arab kat sini bertarawikh.Semua orang bersemangat bila bertarawikh.tak rasa lesu.Masyaallah.

Satu lagi perkara yang membakar diri ini bila ada kat sana, ramai orang bace al-quran.Lepas tarawikh semua bace al-quran sampai pagi.lepastu baru diaorang tidur.macam-macam program diadakan.Kuliah,tazkirah tak putus-putus diadakan.
Macam-macam dapat walaupun dalam bahasa arab atau inngeris.Lagi satu, orang arab ni, macam taknak raye je.bukan macam orang melayu.sibuk untuk persiapan raya sampai lupa nak kejar ganjaran yang allah sediakan pada 10 malam terakhir.
Selalu kita dengar cerita bila ada orang meninggal sebelum syawal, pasti akhbar sibuk bercerita kerana tak sempat nak sambut syawal.Tapi, jarang kita dengar, bila ade orang meninggal sebelum ramadhan keluar di akhbar kerana tak sempat nak sambut ramadhan.Itulah hakikat kita,MELAYU.

Akhir sekali di coretan ana kali ini.bukan tersenarai dalam niat ana ingin mengutuk bangsa sendiri, tapi cuma rasa terkilan dan malu dengan keadaan dan penyakit yang melanda dekat bangsa ini.ana cuma membantu dalam mengubah dan merawat penyakit ini sahaja, tak lebih dari itu.Segala yang baik itu datngnya dari Allah, dan yang buruk dari kelemahan diri ana sendiri.Semoga kita dapat mengekalkan amal kit di bulan ramadhan dan sentiasa istiqamah.

~SELAMAT HARI RAYA~
~MAAF ZAHIR DAN BATIN~






Friday, September 18, 2009

teruja....katanya.

wahhh....cantik habis SITE ni dihiasi manik-manik grafik yang bemergelapan dimalam hari malah siang hari.huhuhu...entri kali ini nak nak mintak banyak2 kemaafan terutama kepada pemilik2 blog ni dan seterusnya kepada semua pembaca.fooh...x lama lagi RAYA...bak kata2 pujangga:sape nak raya dia kena kembali pada fitrahnya dulu,baru boleh raya....kembali pada fitrahnya???rasanya bagaimana ha???haha,itu kite kena banyak fikir,baru tahu....kata pujangga2 dulu kalau nk dapat sesuatu kena fikir sket...ok chawww dulu.

Thursday, August 27, 2009

salam sumer..


qayyum ashraf arifhaha rumah sukan memasing

aa kali ni ana xde mende sangat nak cite.

cume.. selamat berpuasa!!

n nak kongsi bende nih..




haha semoge bermanfaat..

korang ble nak post weyh!!!


Thursday, August 20, 2009

saya:sekeliling:tiga

saya di sini ingin menunaikan hak saya sebagai seorang muslim. kini saya berada di rumah a.k.a pejabat untuk menunaikan janji saya kepada pertamakeduaketigasemua sahabat saya yang inginkan pengeluaran entri terbaru yang dipublishkan oleh saya. entri ini buat semua saudara yang membaca. seperti yang dijanjikan disekolah semalam dua entri akan saya publishkan insyaallah. jadi insyaallah.. saya akan mulakan dengan entri yang pertama ini. tiga kisahperkongsiancerita akan saya lampirkan bersama-sama entri ini.

pertamanya. kisah kematianinnalillahwainnailaihiraji'un salah seorang munsyid di malaysia. saya yakin bahawa setiap daripada kita telahpun tahu dan kisah ini juga telahpun tersebar di sekolah baru-baru ini. saya di sini ingin mengingatkan kepada saudara sekalian bahawa setiap manusia pasti akan mati. mati itu pasti dan kita pasti mati.

keduanya. kita sekarang berada di hujung bulan syaaban. dan ini bermakna kita sangat hampir dengan bulan ramadhan. adakah sudah bersedia kita untuk menemui bulan ini? adakah kita tidak sabar menanti bulan ini? atau. kita amat benci akan kehadiran bulan ini?. ingatlah. pada bulan ini amalan kita akan dilipat gandakan. syaitan juga diikat. pintu syurga dibuka luas. pintu neraka tertutup rapat. dan ingatlah. sepuluh hari awalnya rahmah. sepuluh hari pertengahannya pengampunan. dan. sepuluh hari pengakhirannya perlepasan dari api neraka.

ketiganya. sahabat sekalian. percubaan PMR baru sahaja tamat siang semalam. adakah cukup usaha kita untuk mencapai kejayaan? bagi saya usaha saya masih lagi belum dilihat oleh allah. bagaimana pula dengan saudara sekalian? fikirlah ya.

huh! kepenatan menulis. kekempisan otak selepas diperah. berakhir sudah entri kali ini dari saya. maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya telah mengisi ruang blog yang sudah berhabuk ini dengan entri pertama saya pada cuti kali ini. terima kasih.




sedikit selitan di dalam entri ini sahabat, saya ingin memohon maaf atas segala dosa atau kesilapan yang saya lakukan terhadap kalian agar saya dapat memfokuskan diri saya dengan perkara lain. dan. doakan saya agar dapat menjauhkan diri dari ma'siat serta dapat menjaga amalan saya pada cuti kali ini.

Sunday, July 5, 2009

Segalanya Berserah Kepada Dia....

Assalamualaikum....

apa khabar semua?moga-moga sihat sahaja saya doakan.hah...rasa kepuasan dapat mengkongsikan perasaan ku kali ini. rasa nikmat yang amat setiap kali ku melakukan perkara ini.tapi sebelum saya mengkongsikan perkara yang menikmatkan itu,rasa syukur patut dipanjatkan ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang dilimpahkan tetapi syukurku tidak dapat menandingi nikmatMU yaAllah.mari saya kongsikan pengalaman ini...

huh...sukar untuk digambarkan sebenarnya keadaan sebenarnya.macam inilah, biar saya kisahkan pengalaman itu.bermulanya kisah.seorang manusia yang menerima amanah dari tuhannya untuk menjadi seorang pemimpin kepada para pelajar.jadi menjadi fitrah ketua pelajar untuk mengunci dorm.terutamanya yang bertugas sebagai domestik. memang kena punya la kunci dorm nih.jadi pelajar tersebut ditugaskan untuk mengunci dorm pada petang itu.jadi selepas mandi, dia pun meletakkan kunci dorm diatas tembok di dormnya.tiba-tba dia teringat tentang perihal yang penting dan dia terlewat untuk pergi ke bilik gerakan untuk melakukan kerja.dia bergegas ke sana dengan melupakan segugus kunci yang berharga terbiar dalam keadaan tiada perlindungan di atas tembok yang terdedah dengan kekejaman para pelajar.dipendekkan cerita, apabila dia diingatkan oleh seorang senior untuk mengunci dorm yang sebenarnya dah terlewat untuk kunci dorm.jadi dengan gelabah dan berpeluh-peluh, tercari-cari la si pemuda tersebut kunci yang ditinggalkannya.fitrah manusia bila dalam kesusahan baru la teringatkan tuhan,dia pun BERSERAH KEPADA SANG PENCIPTA..sekembalinya dia ke aspura, dilihatnya sebuah keajaiban apabila dorm yang sepatutnya dikunci telah pun dikunci..

~TAMAT~

kisah terakhir dalam post kali ini bilamana sahabatku yang kehilangan fail yang teramat penting.jadi diajaknya saya untuk mencari.jadi kami pun mencari seluruh blok kelas tingkatan3.kalau nak diceritakan memang tak ada harapan la nak jumpa kerana dah cari merata tempat.jadi apabila perkara ini DISERAHKAN KEPADA SANG PENCIPTA. pusing ke belakang sahaja ternampak fail warna hijau diatas meja.

~TAMAT~

kalaulah hendak diceritakan segala peristiwa kekuasaan sang pencipta apabila kita berserah padaNYA terlampau banyak.diri ini juga telah banyak kali merasainya.bahlan dialah yang mlakonkan watak sang pemuda tersebut.percayalah pada kataku ini, sesungguhnya aku tidak berdusta, kata-kataku kali ini benar-benar belaka, entah bagaiman lagila caranya aku ingin meyakinkan kamu semua bahawa BERSERAHLAH KEPADA SI DIA pertama-pertamanya dalam setiap perihal kita nescaya jika kita ikhlas KEUNTUNGAN BUAT BESAR KEPADA KITA. sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambanya hinggakan disuruhnya para malaikat menangguhkan untuk memakbulkan doa hambanya kerana ingin mendengar rintihan hamba-hambanya.

INILAH PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN PERKONGSIAN BUAT ANDA SEMUA


Saturday, July 4, 2009

ApA bEdAnYa!!?


'apa bezanya kedua2 bintang ternama ini????'

insyALLAH....semuanya dapat diketahui jika kita sentiasa mengambil tahu tentang kedua2 pemain ini.....ROGER FEDERER kini telah menyamai rekod PEMAIN LAGENDA:PETE SAMPRAS dgn memenangi 14 Grandslam dan pernah memegang takhta sebagai pemain NO.1 selama hampir 5 tahun....dan kini ROGER FEDERER akan memecah rekod PETE SAMPRAS jika dia berjaya didalam pusingan final WIMBLEDON....
berBAlik kepada RAFAEL NADAL...kini dia mempunyai kecederaan lutut dan tidak dapat beraksi di liga WIMBLEDON....RAFAEL NADAL telah memegang takhta sebagai pemain NO.1 tidak sampai setahun dan baru memenangi 5 Grandslam....semakin lama keGAHhannya makin pudar.....kenapa???
kiTa boleh lihat disini bagaimana ROGER FEDERER mempunyai KONSISTENSI yg tinggi,KESIHATAN yang dijaga,FOKUS yg tinggi dalam bidang yang dikuasainya...RAFAEL NADAL pula yang dulu agak hangat diperkatakan kini telah menurun dari segi KONSISTENSI dalam menjaga takhta pemain NO.1,KESIHATAN yang terjejas,FOKUS yang kurang...
daRi sini kita boleh lihat perbezaan kedua2 pemain hebat tenis ini.....cube kita amalkan sikap ROGER FEDERER itu dalam semua pekerjaan kita.....hasilnya pasti berbeda sekali....bukan

Sunday, June 14, 2009

Kerja Percuma.....

Assalamualaikum buat semua...

apa khabar?sihat saya doakan.Sepatutnya saya sedang berada di sekolah sekarang ni.tapi apakan daya, Allah telah menetapkan saya untuk tinggal di rumah dan mungkin kerana untuk menulis sekali lagi di laman ini.tajuk kali ini bukan untuk menawarkan kerja percuma buat anda semua.tapi semuanya bermula dengan sebuah kisah yang berlaku sebentar sahaja tadi.

seperti biasa, sebelum saya pulang ke sekolah sudah tentulah akan mengemas barang kepeluan dahulu.jadi saya pun mengemas barang-barang saya seperti baju dan lain-lain.hinggalah tiba untuk menggosok baju sekolah saya, perasaan malas timbul.jadi dengan niat ingin melatih adik saya jadi rajin,saya pun mengupahnya umtuk menggosok baju dengan membayar RM1 sahaja.tapi nilanya di mata adik saya sangat mahal memandangkan dia sedang menabung wang.

ketika ayah saya tahu, dia pun berkata "eh, banyaknya duit ******,sampai boleh upah adik buat kerja"
kemudian ayahku menyambung "emak,kalau macamtu, emak yang masak untuk ***** ni tak dapat duit ke?"
kemudian saya renungi sindiran ayah saya yang membina itu.Kesimpulan yang saya dapat dari peristiwa tersebut ialah.

sebuah kerja yang sangat berat, membesarkan seorang anak.kita lihat ibu dan bapa kita, saban hari mereka membesarkan kita memasak untuk kita, mengajar kita, memberi makan kepada kita, dan macam-macam lagi.itu semua bukan kerja mudah bukan?jadi apa yang mereka dapat?wang?kebahagiaan?ya, mungkin mereka boleh mendapat kebahagiaan.tetapi andai kata anak mereka derhaka,tidakkah sedih ,sebak rasa hati mereka?bayangkan anak yang mereka besarkan selama ini dengan penat lelahnya akhirnya kurang ajar dengan mereka.saya pun rasa nak terajang anak macamtu.tapi mereka tetap doakan anak mereka supaya bahagia dunia dan di akhirat .

jadi akhir sekali harap dapatlah direnungkan kisah ini.doakan saya melakukan apa yang saya katakan ini dan semoga kita sama landasannya dengan rasulullah dan para sahabat.amin...

Ustaz Fathi Yakan Telah Meninggal Dunia.....

Ustaz Fathi Yakan, Ulama Lubnan yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah di dunia

Lubnan, 13 Jun - Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini.

Ustaz Dr Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an.

Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lainnya.

Ustaz Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa.

Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti.

Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan besar bagi rakyat Lubnan, bahkan untuk seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivitis-aktivis dakwah yang banyak mendapat tunjuk ajar daripada beliau.

~AL-FATIHAH~

Sunday, May 31, 2009

Aku Miskin

salam sejahtera ku ucapkan buat jiwa yang sedang melalui keindahan cuti ini.tidak lupa juga buat hati yang sentiasa merintih dek kerna teruji cuti yang melalaikan.terserah bagi mana-mana jiwa itu untuk menghadapi cuti ini.jangan pinta dikecilkan ujian tapi pintalah dikuatkan iman mengahadapinya.ini semua hanya sekadar permulaan coretanku sahaja,belum masuk ke "point"nya lagi.apa sebenarnya yang ingin kusampaikan sebenarnya ialah keadaan umat islam sekarang yang paling ketara sekali dapat ku lihat.hingga rasulullah sendiri bersabda tentangnya.ku mulakan sebuah kisah....

"suatu malam, aku berjalan menuju ke tempat persediaanku,seperti biasa ku memasukinya.aku lihat kawan-kawanku,semua sedang rancak berbual, bergelak ketawa, bertepuk sana sini, bertendang-tendang dan bertumbuk-tumbuk.rasa ingin tahu menyelubungi perasaanku.ku dengari perbualan mereka yang rancak..

'weh aku nak beli kereta baru la....kereta yang aku baru beli tuh takleh menyayi la...ader satu kereta tu bleh...'
'yeah...aku nak gak bali kereta tuh...aku nyer pon takleh terbang....aku tengok kawan aku punya bleh oh...aku nak beli gak...'

rasa kehairanan berbaur kesal menimbul.

lantas ku menyampuk dengan cara yang agak sopan dengan niat ingin mengingatkan.....
'korang ni takder benda lain ke nak sembang....jangan terpesona sangat ngan dunia nih...dah-dah, buat kerja lain'

dengan perasaan marah, dihamburkan kata-katanya.

'argh!!kau nih menyebok pasal...suka hati aku lar nak sembang ape...aku tau la kereta kau setakat kereta kancil jer...tu pun model lama...selipar koyak...kasut bertompok....blah la!!'

tersentuh hatiku....dengan perasaan yang agak bercampur dengan nafsu.

'yer! memang kereta aku kecik, murah...memang selipar aku koyak...memang kasut aku bertompok-tompok....biarlah...janji aku bleh pakai....kalau korang nak tahu...aku ni miskin!!!!!aku takder pape pon....kereta aku, selipar aku,kasut aku, bahkan semua harta-harta aku bukan aku punya.....sebab aku miskin....semua benda aku pinjam....tangan aku...kaki aku...hati aku...jantung aku...semuanyer aku pinjam!!aku takder ape-ape kat dunia nih!!akhirmya semuanya akan dikembalikan....korang patut sedar semua nih....jangan lupa bila diberi nikmat...harta korang semua takkan bawak pergi kubur pun...jangan korang kena tipu ngan dunia nih...dunia nih BANGKAI...siapa yang menuntutnya adalah ANJING...'

~TAMAT~

cukuplah sekadar itu sahaja coretan ku buat kali ini....pengajarannya boleh direnungkan dan diamalkan sendiri...segala salah dan silap datang dari diriku yang lemah lagi miskin ini....hanya DIAlah yang maha kaya lagi maha berkuasa....





Sunday, May 3, 2009

Maruah Seorang Wanita


cuba kita renungkan, sebuah pengibaratan.dimana ada dua gelang, satu diletak diatas di atas meja,dipamerkan dikhalayak ramai boleh dibelek-belek,dipegang-pegang oleh para pengunjung.satu lagi gelang yang dititip dengan berlian yang berkilau dan dibalut dengan kertas khas,diletakkan di dalam sebuah kotak yang istimewa dan kotak tersebut diletak dalam cermin untuk tayangan ramai.yang mana satukah anda akan pilih.yang sudah dilihat dipegang-pegang diraba-raba oleh ramai orang ataupun yang tersedia khas dalam sebuah kotak khas dan tidak pernah disentuh oleh sesiapa pun.begitulah pengibaratan seorang insan yang telah dimuliakan di sisi islam.dialah sang HAWA.

begitulah pengibaratan yang ana bawakan untuk anda renungkan.tika mana perkara ini sangat perlu ditekankan kerna keadaan yang memaksa.dan hanya inilah cara yang paling tepat untuk seorang insan seperti ana lakukan.wanita ataupun hawa, kerna mereka sang ADAM boleh terjatuh kedalam perangkap duniawi,kerna mereka jugalah si ADAM boleh terpesona dengan keindahan ukhrawi.

Wanita ketika zaman jahiliyyah dahulu kala sangat dibenci.entah kenapa salah mereka sehingga mereka dibenci.Dan ketika turunnya islam,yang telah menaikkan darjat seorang wanita dan memuliakan mereka.dan sejak itu wanita telah dilayan dengan baik.mereka boleh menerima pendidikan sama seperti kaum lelaki,mereka boleh berkerja sama seperti kaum lelaki.dan memang benar sang HAWA itu mulia di sisi islam.syurga juga terletak di bawah kaki sang wanita.para ibu juga lebih diutamakan dari para ayah seperti lagu "my mother".begitu istimewanya seorang wanita.

tetapi realiti kini telah berlainan.Wanita dengan rela hatinya,tanpa segan silu,dengan hati terbuka,dengan rasa gembira dan suka suki mencampakkan diri mereka ke dalam jurang kemaksiatan.walaupun mereka telah dimuliakan oleh islam itu sendiri,mereka lebih sanggup menjadi hamba kepada lelaki.mereka lebih sanggup jadi sebab utama runtuhnya iman seorng pemuda.dan setengah mereka bangga dengan mempunyai tuan lelaki atau perkataan yang lebih mereka gemar katakan teman lelaki sedangkan meraka hanya menjadi hamba pada lelaki tersebut.adakah mereka berfikir.tidakkah itu telah menjatuhkan darjatnya ataupun maruahnya.

dan lebih menyedihkan lagi ketika mana seorang wanita yang mendapat tarbiah di dalam kehidupannya tergolong dalam wanita yang ingin meruntukan maruahnya, mereka sanggup menaikkan suaranya dalam suasana yang tertentu untuk menarik perhatian sang ADAM.dan melihatkan keadaan ini, ana telah menambah pengibaratan perenggan diatas sekali, dimana gelang yang ketiga juga dibalut dengan kertas khas dan diletakkan dalam sebuah kotak.tetapi malangnya gelang tersebut ciplak tidak original dan juga gelang yang dicelup.dan ana tahu bahawa fitrah wanita memang suka untuk menarik perhatian seperti murabbi ana sendiri katakan.tetapi anda adalah bermaruah.janganlah anda menggadaikan maruah anda demi untuk menarik perhatian hanya seorang lelaki.

dan sebelum ana akhiri coretan ana yang tak seberapa ini.ingin ana selitkan sebuah hadis yang ana pernah dengar dan baca "wanita itu tiang negara, bila baik wanita baiklah negara, dan bila jahat wanita runtuhlah negara" dan anda mungkin menyebabkan kebangkitan itu lambat.akhir sekali, ana ingin meminta maaf andai terdapat dalam kelemahan kerna ana bukanlah seorang yang maksum dan ana melakukan kesilapan.bahkan ana hanyalah seorang manusia yang dicipta lemah tanpa kudratNYA.semoga yang baik dapat disemat dalam hati dan yang buruk dan lemah dapat dimaafkan.

1 mei.....hari yang di raikan?????

Ketibaan 1 Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta serta tak lupa juga bagi para pelajar sekolah mahupun IPT. Ini kerana tarikh popular ini yang dikenali sebagai "Hari Pekerja" merupakan hari cuti bagi semua lapisan umur. Namun pernahkah kita terfikir apa rasionalnya tarikh itu dipilih? Sedangkan terdapat lagi 364 hari lain untuk dijadikan pilihan?

Mari bersama-sama kita menyelami rahsia hari yang "diagung-agungkan" ini...

Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati

Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Apakah Illuminati ?

Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.

Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia

Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.

Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.

Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia

Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.

Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang berajuk The Communist Mannifesto. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.

Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.

Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller

Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.

Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.

Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.

Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.

Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta

Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.

Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi.

Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio

Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.

Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,

“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be” - Michael Eisner, May 1, 1989

Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak.

Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.

Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam

Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.

Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell Biology, The Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.

Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun ini, pihak Universiti Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.

Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust

Pada tahun 2008, hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.

Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.

Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.

Kesimpulan

Di atas adalah lapan (8) peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia. Walaupun sebenarnya terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu.

Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu.

Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.

Namun bersama-samalah kita manfaatkan cuti yang ada dengan usaha-usaha untuk membangkitkan semula Islam. Wallahu'alam.

Saturday, April 4, 2009

[melayu] [ade] [budaye] betul ke?

lame sudah tangan ini tidak menaip.. rasa kekok.. rasa susah.. segala rasa keluar.. namun ada yg ku ingin sampaikan.. apa dia?? kali ini sebagai muqadimah.. saya x berniat lagi untok bermain tic tac toe.. sabar.. termengarot.. huhu.. insya allah.. luahan hati kepada sahabat saya.. sahabat kita.. saya rindu blog ini.. saya rindu author nya juga.. kami x mcm dulu.. saya dapat merasakannya.. cuma.. saya perlukan mereka.. isk!! sedihnya.. ada lagi.. saya minta.. segala perselisihan fahaman dapat di maafkan.. ini muqadimah.. apa entri nya!!?? bissmillah.. saya ada satu cerita.. 


ceritanyabermuladisini


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer... .."


¤°`★`°¤,
`*•._)(★)(_.•*´
`*•._)x(( ★ ))x(_.•*´
<-•===•===o===•===•->

ape yg nak disentuh disini iyelah...

BUDAYA..

org mlayu ni yg sebenarnya xde budayebagi ana aa.. that's why, diorg asek nak ikowt budaye org luar.. cerita diatas merupakan perumpamaan bagi org mlayu kite yg xde budaye ni.. ape kaitan nya?? kaitannye..:

cucu: orang baratorg yg bawak budaye huh!
nenek: orang melayuorg yg x abes2 nk ikot budaye luar..
baju cinta: budayabudaye yg dibawak dan di ikot huh!
atok: orang yg x sukekan budayacara perli adalah teguran baginya..



~••~ ЖΞpersoalannyaΞЖ ~••~

kite di bhg yg mne?? cucu atau nenek atau atok dan pastinya bukan baju..

~••~ ЖΞfikirkanlahΞЖ ~••~

..anda mampu mengubahnya..segalanya ditangan anda..

<-•===•===o===•===•->
•*`¯)x(( ★ ))x(¯`*•.
•*`¯)(★)(¯`*•.
`°¤,★,¤°`

Saturday, March 14, 2009

Jadilah Kamu Air Dan Asap...






dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....insyaallah setelah lama tak post kat blog nih...akhirnya diberi peluang lagi sekali...segala puji bagi Allah....mungkin tajuk kali ni agak bersastera...tapi hanya tajuknya sahaja...isinya tak....tajuk kali ni khususkan bagi mereka yang menyampaikan....dan inginku khususkan lagi...bagi mereka yang sebatch dan sesekolah denganku...mungkin kerana keadaan sekarang yang lebih memerlukan post sebegini...

asap dan air adalah diantara ciptaan Allah yang memberi ilham kepadaku....kenapa ia perlu didedikasikan kepada merka yang menyampaikan...kerana air megalir di mana-mana permukaan...manakala asap meresapi dimana mana sahaja....begitulah juga para dai'..

seorang dai' apabila dia dicampakkan ke daratan..maka akan menjadi bukit dan apabila dicampakkan ke laut..maka akan menjadi pulau...seorang dai' juga pandai menyesuaikan diri dalam mana-mana golongan masyarakat....dalam perkataan yang senang...bermanfaat bagi orang yang lain...

tapi entah kenapa diriku melihat mereka-mereka yang mengajak termasuk diriku jauh sekali dari peribahasa yang ku sebutkan tadi...apabila kita bersembang dengan masyarakat.....maka perkara yang sia-sia dan bukan yang perkara yang  bermanfaat yang disembangkan....dan kadang-kadang...kita yang mengajak... lagi banyak bergelak....astaghfirullah.... adakah itu sifat para dai' sebenar....semoga dihindarkan dari sifat-sifat sebegitu...

akhir sekali....ingin ku mengajak....supaya kita sama-sama maju dalam jalan dakwah ini....supaya tidak tergelincir dari jalan yang menuju redhanya....segeralah kita memuhasabah diri kita...kadang-kala kita lupa pada si Dia...yang memberi penunjuk kepada sesiapa yang dia mahu...dan menarik penunjuk dari sesiapa sahaja....andai ada tersilap kata...maafkanlah ....diri ini sangatlah memerlukan teguran yang membina....Jazakallah....


Monday, January 26, 2009

Krisis Identiti Diri

mencari identiti

sebelum diriku pulang ke sekolah semula....teringin pulak nak menyumbangkan tulisan ku yg tak seberapa nih....bkan nyer ape....diriku pilih tajuk nih sebab memang dah dahsyat sgt dah krisis identiti diri nih...sampai menular masok ke sekolah ku.....cube bayangkan...seorang insan yg mengikut tarbiah...pada awalnya...mmg baik..ade potensi....bagos....itu dulu ...sekarang...astaghfirullah..kata2 keji yg dilafazkannya apabila berada bersama member2 nyer....


antar punca umat islam ditindas...sebab remaja-remaja nya....tak tahu identiti mereka sendiri....kalau kita perhatikan...remaja skrang...semua nya ikut orang2 kafir..barat...hampir semua...hanya sebilangan kecil jer yang tak...semoga Allah masukkan kita dalam golongan yang sedikit tuh....cuber kita pikirkan...sebab aper mereka jadi camtu...sebab utamanya...mereka takder aqidah yg kukuh....diorang tak mengerti ape itu islam....diorang tak faham...ape ertinya menjadi seorang muslim...bg mereka..apabila dilahirkan islam..maka lepaslah tanggungjawab meraka...


jadi...lepas tak tahu aper itu islam ....mereka pon mula mencari benda yg tak betol...dgn berideologikan benda-benda yang sesat....diorang pon mulalah ikut budaya barat...seperti contoh...Shuffle...Hardcore...Jumpstyle....dan macam-macam lagi perkara yg sememang nya melambangkan identiti seorang barat...walhal mereka mengaku mereka islam....ape mereka islam tu pada mulut sahaja dan tak perlu diamalkan...amat salahlah mereka yg beranggapan begitu .....dan aper yang orang kafir sekarang nih inginkan tercapai...remaja islam sendir dah tak macam islam dah....bahkan bangga mempunyai identiti seorang barat....


dan inginku luahkan sedikit pendapatku pasal sahabatku tadi...bukan sahabatku seorang sahaja...tapi pada mereka-mereka yang tersungkur dalam jalan yang lurus nih...ade seorang senior kater padaku...antara sebab mereka jadik camtu...mereka tak dapat natijah dari apa yg mereka lakukan tuh...mereka melakukan kebaikan tetapi tak tahu kenapa...ape tujuan mereka..ape yang mereka dapat...sebagai contoh...si A kawan dgn si B...si A ni bdak baik...si B jadi baik sebab dier kawan dgn si A...jadi bila si B tak tahu matlamat dia...dia akan carik matalamat lain....matlamat yang dia rasa senang...yang rasa best...dan dia akan terpesong ....dan akhirnya gugur dari jalan yang lurus....


ingin sekali ku mengulas dgn lebih panjang...tapi akan daya...ilmuku hanyalah setitis air dari lautan yang luas....insyaallah..klu diberi peluang lagi...akan ku ulas dgn lebih mendalam...sama-samalah kita muhasabah diri kita...sesungguhnya diriku hanyalah insan yang teramat lemah...segala kekuatan ku datang nya dari allah...segala kebaikan dari allah...dan segala kelemahan dan kesalahan datang dari diriku yang lemah ......

Saturday, January 24, 2009

Palestin Dan Kita????


Palestin dan kita....rasa sebak di hatiku...entah kenapa ..ingin sekali ku meluahkan rasa di hatiku ini.....demi menyedarkan diri kita semua.....rasa sedih terbit di hatiku setiap kali dibacakan kunut nazilah....entah mungkin disebabkan dosa-dosaku...mereka disana yang menderita...sedangkan aku terus alpa....terus meingkari nikmat-nikmat tuhanku....kejamnya aku ...mungkin saja aku yang menyebabkan saudaraku terseksa.....



Lebih perit lagi di hatiku....melihatkan ummahku....mereka yang seagama denganku....cuba kita berfikir sejenak....kenapakah zionis laknatullah.....yang menguasai semua media massa....dengan berani-beraninya....menghebohkan tentang serangan di ghazza.....dan terus terang memberitahu kepada semua umat islam....sebabnya ialah....sebab mereka tahu...umat islam hanya akan bangkit bila adanya kes-kes yang besar sahaja.....pernahkah kita terfikir....palestin sebenarnya telah dijajah selama 60 tahun....dan dimanakah kita sepanjang 60 tahun itu...adakah kita buta selama itu...dan kini apabila mereka diserang..barulah kita semua semangat-semangat membantah serangan di sana....hakikatnya ...umat islam pada masa hanyalah seperti seorang bayi....apabila dia menangis...dia akan berhenti tak lama kemudian....dengan sebab itu....israel dengan tanpa rasa takut sedikit pun ...menghebohkan serangan mereka yang dahsyat itu....cuba kita lihat pada zaman Rasulullah saat orang quraish menyebarkan khabar angin...bahawa uthman r.a telah dibunuh...Rasulullah dan para sahabat terus melakukan baiatur ridhwan demi membalas dendam....



Sedih sungguh...melihat diriku yang masih terleka....sedangkan aku tidak merasai penderitaan saudara-saudaraku.....terbit rasa benci terhadap yahudi....lagi benci ku meluap-luap....apabila ku mengetahui bahawa terdapat segelintir bangsa-bangsa arab...seperti Mubarak...Abbas....mereka pasti akan dapat balasan yang setimpal sama dengan yahudi.....



Sebelum ku akhiri coretan ku ini...ingin sekali kamu semua berasa bangga...kerana hamas telah berjaya...sedikit tulisan yang ku ambil dari blog seorang ikhwah.....



80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)



49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.



48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM (yang 1000 lebih tu hanyalah orang2 awam.)



MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT



MENEMBAK 4 HELIKOPTER



MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA



MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL



TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.



MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.



MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL



MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP



BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI



MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL



BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.



MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.



Tapi....janganlah kita ingat selepas ini kita boleh berdiam diri.....sedangkan yahudi masih hidup bebas di luar sana......ingatlah...jika kita tidak mengambil berat pasal saudara kita...kita bukan dikalangan mereka.....janganlah kita berhenti mengambil berat terhadap palestin selepas ini....

Thursday, January 1, 2009

final countdown...



ok..
this is what we call FINAL COUNTDOWN..
but, went i think about this video..
my heart were saying.. 
this isn't a final countdown
are u all know what will i wrote on this site after this??
no right??
so, we all don't know when is the day!!

huh!!
da sedia nk jumpe ngan hari itu??
da cukup amalan??
yakin dpt masok syurga??

"ya allah!! aku masih blom bersedia lg!!"
tlg lh diri kite semua..
bantu membantu di perlukn dlm situasi ini kerana..
di antare kite ade yg tggi iman..
tp ade juga yg lemah iman..

ihope this video can help us to help each other..

ok wassalam~