Sunday, June 14, 2009

Kerja Percuma.....

Assalamualaikum buat semua...

apa khabar?sihat saya doakan.Sepatutnya saya sedang berada di sekolah sekarang ni.tapi apakan daya, Allah telah menetapkan saya untuk tinggal di rumah dan mungkin kerana untuk menulis sekali lagi di laman ini.tajuk kali ini bukan untuk menawarkan kerja percuma buat anda semua.tapi semuanya bermula dengan sebuah kisah yang berlaku sebentar sahaja tadi.

seperti biasa, sebelum saya pulang ke sekolah sudah tentulah akan mengemas barang kepeluan dahulu.jadi saya pun mengemas barang-barang saya seperti baju dan lain-lain.hinggalah tiba untuk menggosok baju sekolah saya, perasaan malas timbul.jadi dengan niat ingin melatih adik saya jadi rajin,saya pun mengupahnya umtuk menggosok baju dengan membayar RM1 sahaja.tapi nilanya di mata adik saya sangat mahal memandangkan dia sedang menabung wang.

ketika ayah saya tahu, dia pun berkata "eh, banyaknya duit ******,sampai boleh upah adik buat kerja"
kemudian ayahku menyambung "emak,kalau macamtu, emak yang masak untuk ***** ni tak dapat duit ke?"
kemudian saya renungi sindiran ayah saya yang membina itu.Kesimpulan yang saya dapat dari peristiwa tersebut ialah.

sebuah kerja yang sangat berat, membesarkan seorang anak.kita lihat ibu dan bapa kita, saban hari mereka membesarkan kita memasak untuk kita, mengajar kita, memberi makan kepada kita, dan macam-macam lagi.itu semua bukan kerja mudah bukan?jadi apa yang mereka dapat?wang?kebahagiaan?ya, mungkin mereka boleh mendapat kebahagiaan.tetapi andai kata anak mereka derhaka,tidakkah sedih ,sebak rasa hati mereka?bayangkan anak yang mereka besarkan selama ini dengan penat lelahnya akhirnya kurang ajar dengan mereka.saya pun rasa nak terajang anak macamtu.tapi mereka tetap doakan anak mereka supaya bahagia dunia dan di akhirat .

jadi akhir sekali harap dapatlah direnungkan kisah ini.doakan saya melakukan apa yang saya katakan ini dan semoga kita sama landasannya dengan rasulullah dan para sahabat.amin...

Ustaz Fathi Yakan Telah Meninggal Dunia.....

Ustaz Fathi Yakan, Ulama Lubnan yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah di dunia

Lubnan, 13 Jun - Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini.

Ustaz Dr Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an.

Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lainnya.

Ustaz Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa.

Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti.

Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan besar bagi rakyat Lubnan, bahkan untuk seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivitis-aktivis dakwah yang banyak mendapat tunjuk ajar daripada beliau.

~AL-FATIHAH~