Thursday, August 27, 2009

salam sumer..


qayyum ashraf arifhaha rumah sukan memasing

aa kali ni ana xde mende sangat nak cite.

cume.. selamat berpuasa!!

n nak kongsi bende nih..




haha semoge bermanfaat..

korang ble nak post weyh!!!


Thursday, August 20, 2009

saya:sekeliling:tiga

saya di sini ingin menunaikan hak saya sebagai seorang muslim. kini saya berada di rumah a.k.a pejabat untuk menunaikan janji saya kepada pertamakeduaketigasemua sahabat saya yang inginkan pengeluaran entri terbaru yang dipublishkan oleh saya. entri ini buat semua saudara yang membaca. seperti yang dijanjikan disekolah semalam dua entri akan saya publishkan insyaallah. jadi insyaallah.. saya akan mulakan dengan entri yang pertama ini. tiga kisahperkongsiancerita akan saya lampirkan bersama-sama entri ini.

pertamanya. kisah kematianinnalillahwainnailaihiraji'un salah seorang munsyid di malaysia. saya yakin bahawa setiap daripada kita telahpun tahu dan kisah ini juga telahpun tersebar di sekolah baru-baru ini. saya di sini ingin mengingatkan kepada saudara sekalian bahawa setiap manusia pasti akan mati. mati itu pasti dan kita pasti mati.

keduanya. kita sekarang berada di hujung bulan syaaban. dan ini bermakna kita sangat hampir dengan bulan ramadhan. adakah sudah bersedia kita untuk menemui bulan ini? adakah kita tidak sabar menanti bulan ini? atau. kita amat benci akan kehadiran bulan ini?. ingatlah. pada bulan ini amalan kita akan dilipat gandakan. syaitan juga diikat. pintu syurga dibuka luas. pintu neraka tertutup rapat. dan ingatlah. sepuluh hari awalnya rahmah. sepuluh hari pertengahannya pengampunan. dan. sepuluh hari pengakhirannya perlepasan dari api neraka.

ketiganya. sahabat sekalian. percubaan PMR baru sahaja tamat siang semalam. adakah cukup usaha kita untuk mencapai kejayaan? bagi saya usaha saya masih lagi belum dilihat oleh allah. bagaimana pula dengan saudara sekalian? fikirlah ya.

huh! kepenatan menulis. kekempisan otak selepas diperah. berakhir sudah entri kali ini dari saya. maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya telah mengisi ruang blog yang sudah berhabuk ini dengan entri pertama saya pada cuti kali ini. terima kasih.




sedikit selitan di dalam entri ini sahabat, saya ingin memohon maaf atas segala dosa atau kesilapan yang saya lakukan terhadap kalian agar saya dapat memfokuskan diri saya dengan perkara lain. dan. doakan saya agar dapat menjauhkan diri dari ma'siat serta dapat menjaga amalan saya pada cuti kali ini.