Sunday, July 5, 2009

Segalanya Berserah Kepada Dia....

Assalamualaikum....

apa khabar semua?moga-moga sihat sahaja saya doakan.hah...rasa kepuasan dapat mengkongsikan perasaan ku kali ini. rasa nikmat yang amat setiap kali ku melakukan perkara ini.tapi sebelum saya mengkongsikan perkara yang menikmatkan itu,rasa syukur patut dipanjatkan ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang dilimpahkan tetapi syukurku tidak dapat menandingi nikmatMU yaAllah.mari saya kongsikan pengalaman ini...

huh...sukar untuk digambarkan sebenarnya keadaan sebenarnya.macam inilah, biar saya kisahkan pengalaman itu.bermulanya kisah.seorang manusia yang menerima amanah dari tuhannya untuk menjadi seorang pemimpin kepada para pelajar.jadi menjadi fitrah ketua pelajar untuk mengunci dorm.terutamanya yang bertugas sebagai domestik. memang kena punya la kunci dorm nih.jadi pelajar tersebut ditugaskan untuk mengunci dorm pada petang itu.jadi selepas mandi, dia pun meletakkan kunci dorm diatas tembok di dormnya.tiba-tba dia teringat tentang perihal yang penting dan dia terlewat untuk pergi ke bilik gerakan untuk melakukan kerja.dia bergegas ke sana dengan melupakan segugus kunci yang berharga terbiar dalam keadaan tiada perlindungan di atas tembok yang terdedah dengan kekejaman para pelajar.dipendekkan cerita, apabila dia diingatkan oleh seorang senior untuk mengunci dorm yang sebenarnya dah terlewat untuk kunci dorm.jadi dengan gelabah dan berpeluh-peluh, tercari-cari la si pemuda tersebut kunci yang ditinggalkannya.fitrah manusia bila dalam kesusahan baru la teringatkan tuhan,dia pun BERSERAH KEPADA SANG PENCIPTA..sekembalinya dia ke aspura, dilihatnya sebuah keajaiban apabila dorm yang sepatutnya dikunci telah pun dikunci..

~TAMAT~

kisah terakhir dalam post kali ini bilamana sahabatku yang kehilangan fail yang teramat penting.jadi diajaknya saya untuk mencari.jadi kami pun mencari seluruh blok kelas tingkatan3.kalau nak diceritakan memang tak ada harapan la nak jumpa kerana dah cari merata tempat.jadi apabila perkara ini DISERAHKAN KEPADA SANG PENCIPTA. pusing ke belakang sahaja ternampak fail warna hijau diatas meja.

~TAMAT~

kalaulah hendak diceritakan segala peristiwa kekuasaan sang pencipta apabila kita berserah padaNYA terlampau banyak.diri ini juga telah banyak kali merasainya.bahlan dialah yang mlakonkan watak sang pemuda tersebut.percayalah pada kataku ini, sesungguhnya aku tidak berdusta, kata-kataku kali ini benar-benar belaka, entah bagaiman lagila caranya aku ingin meyakinkan kamu semua bahawa BERSERAHLAH KEPADA SI DIA pertama-pertamanya dalam setiap perihal kita nescaya jika kita ikhlas KEUNTUNGAN BUAT BESAR KEPADA KITA. sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambanya hinggakan disuruhnya para malaikat menangguhkan untuk memakbulkan doa hambanya kerana ingin mendengar rintihan hamba-hambanya.

INILAH PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN PERKONGSIAN BUAT ANDA SEMUA


No comments: