Saturday, October 18, 2008

WuJUdkAh aLLaH!!??

Ramai manusia yang hanya mempercayai sesuatu yang berbentuk zahir
dan dapat dilihat di alam realiti sahaja dengan menafikan sesuatu yang ghaib terutama melibatkan perkara ketuhanan seperti kewujudan Allah itu sendiri.

Mereka yang berpegang kepada mazhab realistik banyak menafikan sesuatu perkara yang ghaib kerana hanya bersumberkan kepada akal yang sememangnya lemah tanpa mendapat bantuan daripada suluhan cahaya wahyu.Inilah hakikat kewujudan Allah di mana walau pun kita tidak mampu melihatnya tetapi kita yakin bahawa Dia tetap wujud dengan adanya alam ciptaanNya ini. Kita diminta memikirkan tentang kejadian Allah bukannya disuruh memikirkan zat Allah.


Di sini ana ade sertakan satu cerita di mana seorang hamba allah petik daripada satu e-mail yang dihantar oleh seorang sahabat di mana ia mengisahkan bagaimana ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.
Suatu hari dia bertemu seorang imam tua ditempatnya lalu dikemukakan segala persoalan yang terbuku dihatinya itu.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan!! Pertamanya jika benarlah Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan itu kepada saya? Keduanya apakah yang dinamakan TAKDIR?Ketiganya jika syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda sambil menenahan sakiet : Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam jawab dengan tenang : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak ajukan kepada saya....!!

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?

Pemuda : Tentu sahaja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu..., atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Dari apakah dibuat pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya.

Pemuda : Allahuakbar!Inilah antara kisah yang menarik yang mampu merungkaikan segala persoalan yang timbul di kepala pemuda tadi yang terjawab dengan penuh simbolik oleh Pak Imam


hahaha!! kite akan dapat due pengajaran dari cte kat atas!!
satu b###hnye la pemude tuh..
due ketahuilah allah tu wujud..

No comments: